cerita depa,

Wednesday, April 18, 2012

hello 2012

hello hai malaysia brunei tak lupa singapore .
watlekkkk ?
haha ,
sorry malam ni tak senta sikit ,
ikhlas cakap ,
micccccchiiiiiyiuuuuuu beloggg ,
ammuahhh .
HAHA ,
btw taktau nak start dengan ape?
mmm , yes.
taun ne aku dah lapan belas,
dah abis sekolah so tengah bekerja now ,
xlama lagi dalam dua tiga bulan boleh la begelar jutawan muda .
atotooootooo .
HAHA ,
yeah yea ,
kerja kerja jugak ,
tapi tah laa ,
hmm taun ne taun aku paling jahat ,
hope god forgive every single mistake that aku penah buad ,
aku nak berubahh sangad ,
insyaallah tak lama lagi .
sooo , study ?
yeahhh , aku jugak nak melanjutkan pelajaran macam orang lain .
aku harapp dengan result tak seberapa aku ne ,
dapat lah menjejak kaki ke UITM ,
U paling aku nak sangad masuk .
prayyy~
so ,
tu ahh sikit sebyk pasai aku setelah lama hilang .
hihi , ammuaahhh . bye

Saturday, December 24, 2011

berdakwah seketika :)

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
...
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
...
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..



petikan daripada : rakan facebook .

Tuesday, December 6, 2011

KEBEBASANKAH ?

hye ,
lama tak update blog ,
yayay , yayay !
dah habeh paper .
sukaaaaa :)
HAHAHAHA , mcm pa g aeh 
lepasne xdak dah la nak dengaq hang kata aku
aku kata kat hang ,
hang amek adek aku ,
aku amek adek hangg , kan?
settle dah ...
takdak lah orang nak buad saya sakit hati lagy ,
yaayyyyyy !!
so lepasne pasai p apa nak jadi pun ,
HAHAH.
sorry to say , kawan dah macam tak penting bagy aku
sekarang , 
baru aku taw sapa tu kawan yang betoi betoi KAWAN .
soo , babai sekolah , babai memori , babai ampa semuaaa .
terima kaseh sikit banyak buad masa remaja aku ada erti lah jugak kat sekolah tu .
yehaaaa ,
mesti rendu semua tu walaupun saket ,
besalah tu , baru kata MAINAN HIDUP .
kadang kadang kita suka ,
kadang kadang duka .
biasaaa bro , 
yang penting marka tetap ada selalu bersama .
ailoveyouu Areep ,
manakala kawan yang selalu support ,
thanks .
harap tak lupa aku nahh .
candid to : azira , wan , ina , kinah , mek . dan ramai lagy .
loveyouuu ,




                                                                                                                                               miraaa

Monday, August 8, 2011

LOVE

tak larat nak gadoh dan mengharap apa-apa yang belum pasti
jangan bilang CINTA kalau entah kemana ,
jangan cakap LOVE SAMPAI MATI kalau makna belum pasti ,
jangan so easy ungkakapkan ILOVEYOU kalau hanya suka-suka .
dan sekarang setatus SINGLE tidak akan berubah biarpun JELES nak mati tgok depa kat luar tu mesra xsangga.
CENA TAK PAA ,
PEACE !

trial

trial dh dekat ,
handphone fesbuk dah macam oksigen
kalau xdak bateri ,
xsentuh sari xboleh duduk ,
boleh kata 24 jam la bekepit,
sanggup tdog sat pun xpaa
tambah tambah la nee ada wifi pulak kan,
kija nak onl takira masa jaa ,
buku entah kemana ,
adoii ,
paper first ari rabu nee ,
nudea dok buad relek boleh lagy ,
buku pa pun xbaca lagy,
xpaaa .
insyaallah saya akan baca buku satgy :P
harap harap xcakap saja laa ,
doa doakan kejayaan saya yang tanpa usaha nee nah?
masehh .

Saturday, July 16, 2011

nikmat kemalangan kini kurasai ,

lebih dan kurang 1.10p.m , jumaat , 15.julai.2011
saya bersama ibu tersayangg pergi meronda ronda untuk membeli bahan perasa
di jalan tok kesop jitra kedah ,
dengan slowly saya membawa xlaju xpelan agak agak 40km/j ,
almaklumlah saya membawa penumpang warga emas :P
dengan slownya kami berada di tepi jalan terasa sweet sangat bila bersama mak tersayangg :P
dengan penuh berkhemah dan berhati-hati ,
aku memandang ke cermin sisi sebelah kanan ,
dalam hati moto mamat ex5 , no plat xhapai dok jauh lagi ,
dan aku dengan senang hatinya memberi 'signal' belok ke kanan
dengan rasa penuh yakin tiada sebarang akan berlaku ,
dan akhirnyaaa ....
kedeguummmmmm kebabuummmmm .....
ya dan akhirnya aku bersama-sama ibu tersayang dilanggar oleh mamat yang sangat kacak :P
boleh kata macam kilat mai ,
aku haram xsedaq paa pon ,
celik2 mata ,
mak manaa ???
sumpah lilaah ketaq tak sangga ,
dah la tebaring tengah jalan kod weaa :(
bangun-bangun xhirau pa , kalih belakang
mak aku sedap landing atas katil bercat hitam putih ,
amboee dea ,
aku CELAAPAK GEQAK DENGAN NADA AGAK SEBAK 
"maaaakk :( , muka sebek tak sangga :P '" , mak bangun makk .
mak aku dengan steady bangun and make do no goin on .
amboe bukan main relek , aku ketaq tak sangga  .
pendek cerita ,
mak aku sakit badan , and aku tangan bengkak bom .
baru cun mak kata :P
nakan sungguh mak sayaa :)
haduiii ...
dan mamat itu ?
luka xsangga
moto qelai , sapa suro dea mai belaga kami .
apalaahhh ..








Sunday, May 29, 2011

AKU TIDAK SOLAT TAPI AKU TETAP BERJAYA

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.



COPY BY : MIYA MOHAMAD . 
p/s : jangan give up terus usaha :)